Samudera Ilmu Institut

  Pelatihan Guru, Training Pendidikan, Konsultasi Pendidikan

Elektrolisis

Elektrolisis

A.Pengertian Elektrolisis

 Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya Elektroda yang disambungkan kepada terminal positif baterai dinamakan anoda. Elektroda yang disambungkan kepada terminal negatif baterai dinamakan katoda. Kedua-dua elektroda itu dimasukkan ke dalam suatu elektrolit

B.Faktor Mempengaruhi Proses Elektrolisis

Jenis elektroda yang digunakan.Kedudukan ion dalam siri elektrokimia.Kepekatan ion. Penjelasan berkaitan dengan elektrolisis melibatkan 3 aspek: ion yang hadir pergerakan ion proses discas yang berlaku di masing-masing anoda dan katoda.

C.Perbedaan Antara Sel Elektrolisis/Sel Kimia

 Sel Elektrolisis Sebaik sahaja arus elektrik(arus terus) dialirkan melalui elektrolit, ion-ion akan terurai dan bergerak ke masing-masing anoda dan katoda. Penguraian elektrolit oleh arus   elektrik.Anion bergerak menuju ke elektroda anoda manakala, Kation bergerak menuju ke elektroda  katoda.

Sel kimia ialah sel yang menghasilkan tenaga elektrik melalui tindakbalas kimia. Sel kimia dibina daripada dua logam (elektroda) yang berlainan dicelupkan kedalam suatu larutan masing- masing elektrolit. Elektrod Zn dicelupkan ke dalam larutan ZnSO4, Elektroda Cu dicelupkan ke dalam larutan CuSO4 dan dihubungkan oleh satu jambatan garam. Arus yang terhasil ialah sebanyak 1.10A