Elektrolisis
A.Pengertian Elektrolisis
Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus elektrik mengalir melaluinya Elektroda yang disambungkan kepada terminal positif baterai dinamakan anoda. Elektroda yang disambungkan kepada terminal negatif baterai dinamakan katoda. Kedua-dua elektroda itu dimasukkan ke dalam suatu elektrolit
B.Faktor Mempengaruhi Proses Elektrolisis
Jenis elektroda yang digunakan.Kedudukan ion dalam siri elektrokimia.Kepekatan ion. Penjelasan berkaitan dengan elektrolisis melibatkan 3 aspek: ion yang hadir pergerakan ion proses discas yang berlaku di masing-masing anoda dan katoda.
C.Perbedaan Antara Sel Elektrolisis/Sel Kimia
Sel Elektrolisis Sebaik sahaja arus elektrik(arus terus) dialirkan melalui elektrolit, ion-ion akan terurai dan bergerak ke masing-masing anoda dan katoda. Penguraian elektrolit oleh arus elektrik.Anion bergerak menuju ke elektroda anoda manakala, Kation bergerak menuju ke elektroda katoda.
Sel kimia ialah sel yang menghasilkan tenaga elektrik melalui tindakbalas kimia. Sel kimia dibina daripada dua logam (elektroda) yang berlainan dicelupkan kedalam suatu larutan masing- masing elektrolit. Elektrod Zn dicelupkan ke dalam larutan ZnSO4, Elektroda Cu dicelupkan ke dalam larutan CuSO4 dan dihubungkan oleh satu jambatan garam. Arus yang terhasil ialah sebanyak 1.10A